All Post

​Apa beza Life Insurance & Medical Card?

Ramai yang saya jumpa masih lagi Confuse antara ‘Medical Card’ dan ‘Life Insurance’.

Meh sini nak explain sikit pasal perkara ni.

🚑 Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) – Bayar balik bil perubatan kepada hospital. Itupun banyak peraturan dan prosedurnya.

💉Life Insurance pula bersifat pampasan (compensation) – pampasan dapat lump sum dalam nilai yang besar.

Secara umumnya:
1. Dari segi pembayaran

🚑 Medical card bayar kepada hospital.
💉 Life Insurance bayar kepada pelanggan.

2. Dari segi guna selepas meninggal dunia

🚑 Medical card tak berguna dah kalau mati dilanggar lori. Nak rawat apa lagi nyawa dah xdak…

💉 Life Insurance berguna – dibayar sekaligus (lump sum) kepada keluarga/penerima hibah.

3. Dari segi fungsi

🚑 Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation) , tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.

💉 Life Insurance boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan. Sebab biasanya dalam insurans, life coverage akan sekali dengan TPD (Lumpuh Kekal Keseluruhan)

4. Dari segi cover jugak untuk loan rumah (dual function)

Kalau manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka.

🚑 Medical card tak boleh buat begitu.

5. Dari segi bayar hutang
💉 Life Insurance boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.
🚑 Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut.

Sayangkan diri Sign Up lah PELAN PERUBATAN..
Kalau sayangkan keluarga sign up kedua2nya (medical plan & life coverage)..

5 Perkara Sebelum Guna Medical Card

Mai nak share sikit apa yang kita kena buat sebelum terus guna Medical Card tu. 
Mungkin ejen-ejen pernah bagitau.Tapi takpa manusia mudah lupa, jom kita revise balik.
1. PERGI KLINIK DULU SEBELUM PEGI HOSPITAL

Sebelum terus ke hospital pakar, seeloknya ke klinik dulu.
“Eh kenapa pulak dah ambil medical card suruh kita ke klinik pulak? Dah tu apa function medical card?”
Tujuan ke klinik dulu adalah untuk memastikan keadaan kita memang betul2 perlu admit wad.
Jika kita terus pergi ke hospital pakar, dan kalau doktor pakar sahkan kita tak perlu admit, so terpaksa lah keluar duit poket sendiri untuk bayar bil. Maklumlah selalunya bil di hospital pakar ni lebih mahal daripada klinik biasa.
Dan, medical card kebiasaannya hanya boleh digunakan bila kita confirm warded lebih dari 6 jam. Selain itu lebih baik rujuk kepada ejen atau pihak insuran / takaful terlebih dahulu tentang coverage. 
Kemalangan pula ada 2 jenis. Ada yang boleh dirawat sebagai outpatient. Ada yang memerlukan admission wad. Jadi jika outpatient, Pay dulu dan Claim kemudian. 

2. JIKA DOKTOR TANYA, JAWAB DENGAN JELAS.

Jika kita mengalami masalah kesihatan. Pasti ada simptom-simptomnya. Kat bahagian mana, bila mula rasa perubahan.
Jika baru kena, jawab baru kena.

Contohnya,sebab jatuh ke,sebab dilanggar  ke atau lain-lain.

Kalau kita jawab tak tahu, doktor mungkin akan tulis UNKNOWN, maka proses penyiasatan oleh syarikat insuran/takaful akan menjadi lebih panjang.

Walaupun kita sudah sign up 2-3 tahun, boleh jadi kita sudah ada sakit berkenaan sebelum kita sign up takaful lagi.

Jadi jawapan kita ketika bertemu doktor sangatlah penting.

3. REFERRAL LETTER

Jika doktor klinik beritahu perlu warded di hospital, MINTA REFERRAL LETTER untuk nak ke hospital panel.

Beritahu doktor nak guna medical card.

4. SIMPAN RESIT KLINIK

Kadangkala berlaku kes, 2, 3 kali kita terpaksa berulang alik ke klinik dan kemudian baru warded. 

Jika admission warded itu sama berkaitan dengan rawatan di klinik-klinik sebelum ini maka bil-bil sebelum ini boleh claim dengan syarikat takaful/insurans.

5. KOMEN BERTULIS DOKTOR 

Jika rawatan disebabkan oleh kemalangan, minta doktor tulis diagnose sikit kat belakang resit. Bagi ada black & white proof.
Sesetengah insuran takaful ada manfaat claim bil-bil yang disebabkan kemalangan.

Biasanya untuk kes kemalangan seperti kena minyak panas, jahitan luka dan sebagainya yang tidak perlu warded di hospital.

Untuk claim memerlukan diagnose doktor yang ditulis dibelakang resit seperti berikut:

Mintak doktor provide 4 perkara ni:

  1. Cause Of Accident
  2. Date & Time
  3. Treatment
  4. Sign & Stamp doktor yang merawat

Harap serba sedikit dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

Last but not least. Call ejen anda jika apa2 berlaku. Kalau ejen anda tak angkat call, call ejen lain pon tak menjadi masalah.

Rumah Atas Nama Suami


Apabila Suami Meninggal Dunia Rumah Akan Jadi Milik Siapa??

KEBIASAANNYA, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu dibahagikan mengikut faraid si suami.

Jika suami sudah tiada ayah dan tiada anak lelaki, maka warisnya ialah isteri serta adik beradik sisuami (contohnya punya anak perempuan shj atau tiada anak)

Jika rumah berharga RM300,000 (harga mesti ikut harga pasaran)

Bagaimana pembahagian ini dibuat ? 

Jawapan :

1/4 milik isteri (jika tiada anak) @

1/8 (jika ada anak)

Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.

Jika kes dibawa ke Pejabat Pusaka Kecil , semua waris akan berbincang bagaimana nak agihkan rumah harta simati.

Hal ini menyebabkan dua  situasi ini akan berlaku.

• PERTAMA 

Jika mereka setuju untuk melepaskan hak kesemua 100% milik si isteri…

Alhamdulillah proses akan menjadi mudah.

• KEDUA

Jika waris lain pula menuntut hak, si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik nilainya RM100,000, si isteri hendaklah membayar jumlah itu.

Tapi….ada ke duit?? Kalau tak ada duit apa perlu buat? Situasi yang biasanya berlaku ialah rumah tersebut akan dijual dan duitnya akan diagih mengikut faraid.

Rumah yang dibina sekian lama dalam usaha bersama terpaksa dijual hanya kerana tiada WANG!

Kasihan isteri…

Bagaimana nak elak perkara ini berlaku?

Ada 3 cara penyelesaiannya.

1. Buat HIBAH bersyarat

Hibahkan siap² (awal2) semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka. Mungkin memerlukan sedikit kos pengurusan untuk melakukan urusan² rasmi sebegini.

Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayar/atas cagaran dengan syarat ada MRTA / MRTT.

Kelebihan hibah ini ialah ‘ ownership’ rumah masih di atas pemberi.

Oleh itu tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba² jatuh bankrap.

2. BUAT HIBAH MUTLAK

Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/ isteri di pejabat tanah. Namun ini boleh dibuat sekiranya rumah sudah habis dibayar.

Namun kelemahan Hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang ownership rumah tersebut.

Jika si anak tiba2 ingin menjual beliau ada hak untuk menjualnya jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.

Cara hibah mutlak ini  ialah dengan mengisi borang 14A di Pejabat Tanah.

3. AMBIL TAKAFUL  yang jumlah pampasan meninggal  sama dengan harga rumah.

Apabila anda meninggal dunia duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak2 waris2 lai contohnya seperti diatas iaitu RM100,000 utk bahagian adik beradik lain. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar kpd mereka dengan syarat kesemua mereka bersetuju.

Inilah kaedah yang paling efektif untuk mendapatkan nilai wang yang besar dalam masa yang singkat utk menyelesaikan kes berkenaan. KATA ORANG BAIKLAH ADA DARIPADA TAK ADA LANGSUNG!

Daripada rumah terpaksa dijual dan anda mungkin perlu mencari rumah lain yang berharga jauh lebih tinggi.

Bagaimana nak declare income tax bagi yang makan gaji + berniaga? 

Ramai diantara kita yang kalau sebut je pasal income tax, kecut perut rasa kan?

“Tolong la lembaga tu jgn datang! Serabut hidup”

‘Bijak kewangan’ bukan shj kena pandai tambah income. Tapi,  kena ambil tahu juga bagaimana nak elak diri sendiri jadi mangsa kepada ‘financial predator’.

Aktiviti pagi tadi, attend short seminar pasal tax.

Baru tahu, even pendapatan kita seciput mana sekali pun.  Memang kena declare dgn LHDN. Even selepas dah tolak² semua, net income negative.

Ada tak kawan-kawan saya yang berniaga, dan pada masa yg sama makan gaji? Kita geng! 

Jom kita ngeteh! 

Saya boleh kongsikan apa yang belajar harini pasal tax. Ilmu yg baik, elok dikongsi bersama.

Sharing is caring.

Ziarah Acap di Hospital Shah Alam

Sempat menziarahi kawan universiti di Hospital Shah Alam. 

Acap baru semalam je operation buang batu karang dari pundi hempedu. Penyakit tu datang tiba-tiba.

Aku pun kena beringat² ler ni. Kalau dah sakit perut sampai terguling-guling tu, memang bukan sakit perut yg biasa ler ni.

Acap ckp bila member² datang ziarah, rasa macam dah boleh discharge petang je kan. Hahaha 😄

Get well soon Asyraf Abdu Hadi !

#ukhwahfillah #sihatsebelumsakit #getwellsoonbro #4May2017

How to register TBE and PCE exam?

Exam Registration Process

Panduan Registration exam untuk PCE dan TBE online.

A) Register  exam PCE (Pre Contract exam) online

1. Go to Malaysian Insurance Institute (MII) website

2. Click ILMS on the right top page

*Note: must use browser on PC/laptop for this to visible. If not it will not appear.

3. Sign up as NEW user by key in candidate detail.
4. After successfully sign up, sign in with the given ID and password.
5. Log in and go to Exam Registration.
6. Choose exam and related detail, i.e language,  center, etc and attach certificates.
7. Chose the exam session
8. Continue with payment detail i.e credit card/online banking and submit.
9. There will be an email confirmation from MII to the candidate.
10. Follow instruction in email.

Note:
– Manual & Reading material to prepare for exam are downloadable from the website once log in.
– Untuk PCE exam kena attached sijil (i.e sijil spm).

B) Register Takaful Basic Examination (TBE) online

1. Go to takafuleexam.com

2. Click registration as ‘Individual’
3. Next
4. Fill up personal information
5. Choose part A & C only
6. Pilih tempat exam

That’s all!

​Penama di KWSP, Tabung Haji, etc.

Jangan terkeliru dengan penama yang anda letak di KWSP, Tabung Haji dan lain-lain.

Penama bukan pemilik mutlak tetapi hanya pemegang amanah yang dilantik untuk memudahkan urusan tuntutan yang mana bertanggungjawab membahagikan aset tunai tersebut kepada waris-waris lain yang mempunyai hak.

Jika anda mempunyai pampasan insurans atau takaful, confirmkan semula dengan ejen sama ada penama yang anda letak itu sebagai pemegang amanah atau pemilik mutlak pampasan tersebut melalui konsep hibah.

Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013, pampasan kematian takaful boleh dihibahkan. Bermaksud penama adalah pemilik mutlak pampasan kematian tersebut.

#kwsp #tabunghaji #hibahtakaful #penama #faraid

Perlu ke ambil medical coverage walaupun company dah cover? 

Company Aku Dah Cover. Tak perlu aku susah-susah fikir. 

Ariff: Kau dah ada insurans?

Kawan Baik : Dah ada dah. Company yg aku keje skrg dah cover semua dah.

Ariff : Kau tau tak, company cover masa kau keje dgn dia je. Kalau berenti atau kau dah pencen atau mungkin juga kau tiba² diberhentikan, automatic dah takde laa coverage tu.

Kawan Baik : Takpela, aku okey je waktu tu takde insurans. InsyaAllah aku jaga makan, selalu mintak ngn Allah supaya diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah aku okey. Kau jangan risau.

Ariff : Ameen. InsyaAllah.