Rumah Atas Nama Suami


Apabila Suami Meninggal Dunia Rumah Akan Jadi Milik Siapa??

KEBIASAANNYA, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu dibahagikan mengikut faraid si suami.

Jika suami sudah tiada ayah dan tiada anak lelaki, maka warisnya ialah isteri serta adik beradik sisuami (contohnya punya anak perempuan shj atau tiada anak)

Jika rumah berharga RM300,000 (harga mesti ikut harga pasaran)

Bagaimana pembahagian ini dibuat ? 

Jawapan :

1/4 milik isteri (jika tiada anak) @

1/8 (jika ada anak)

Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.

Jika kes dibawa ke Pejabat Pusaka Kecil , semua waris akan berbincang bagaimana nak agihkan rumah harta simati.

Hal ini menyebabkan dua  situasi ini akan berlaku.

• PERTAMA 

Jika mereka setuju untuk melepaskan hak kesemua 100% milik si isteri…

Alhamdulillah proses akan menjadi mudah.

• KEDUA

Jika waris lain pula menuntut hak, si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik nilainya RM100,000, si isteri hendaklah membayar jumlah itu.

Tapi….ada ke duit?? Kalau tak ada duit apa perlu buat? Situasi yang biasanya berlaku ialah rumah tersebut akan dijual dan duitnya akan diagih mengikut faraid.

Rumah yang dibina sekian lama dalam usaha bersama terpaksa dijual hanya kerana tiada WANG!

Kasihan isteri…

Bagaimana nak elak perkara ini berlaku?

Ada 3 cara penyelesaiannya.

1. Buat HIBAH bersyarat

Hibahkan siap² (awal2) semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka. Mungkin memerlukan sedikit kos pengurusan untuk melakukan urusan² rasmi sebegini.

Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayar/atas cagaran dengan syarat ada MRTA / MRTT.

Kelebihan hibah ini ialah ‘ ownership’ rumah masih di atas pemberi.

Oleh itu tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba² jatuh bankrap.

2. BUAT HIBAH MUTLAK

Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/ isteri di pejabat tanah. Namun ini boleh dibuat sekiranya rumah sudah habis dibayar.

Namun kelemahan Hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang ownership rumah tersebut.

Jika si anak tiba2 ingin menjual beliau ada hak untuk menjualnya jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.

Cara hibah mutlak ini  ialah dengan mengisi borang 14A di Pejabat Tanah.

3. AMBIL TAKAFUL  yang jumlah pampasan meninggal  sama dengan harga rumah.

Apabila anda meninggal dunia duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak2 waris2 lai contohnya seperti diatas iaitu RM100,000 utk bahagian adik beradik lain. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar kpd mereka dengan syarat kesemua mereka bersetuju.

Inilah kaedah yang paling efektif untuk mendapatkan nilai wang yang besar dalam masa yang singkat utk menyelesaikan kes berkenaan. KATA ORANG BAIKLAH ADA DARIPADA TAK ADA LANGSUNG!

Daripada rumah terpaksa dijual dan anda mungkin perlu mencari rumah lain yang berharga jauh lebih tinggi.