Apa Keperluan Anda?

cf5f58e1-d241-49ab-adef-fe337e74b620.jpg

Kalau orang sebut pasal TAKAFUL.

Perkara pertama yang ada di kepala kita, mesti keperluan kita untuk ambil takaful ni, lebih kepada medikal kad.

Saya pun dulu macam tu juga.

Tapi sebenarnya, ada sebab kenapa Prudential offer banyak produk lain2 tu.

Itu semua untuk penuhi keperluan setiap orang dari kita.

“LAIN ORANG, LAIN KEPERLUANNYA”

Contohnya,

Untuk insurans loan rumah, boleh buat MLTT dengan PruBSN.

Untuk sesiapa yang berminat buat investment, ada PruBSN Platinum.

Untuk cover kos masuk hospital, hehe.. ni semua orang dah tahu.

Untuk tinggalkan kegunaan isteri, anak2 bila kte dah takde nanti, ada PruBSN Warisan.

Untuk sesiapa yang nak pegi Haji/Umrah, ada PruBSN Ummahlink.

Untuk penggantian gaji, once kte dah takde atau tak mampu bekerja, ada PruBSN Protect/PruBSN Crisiscover.

Ataupun, nak yang lagi best, nak customize semua manfaat ni, bagi ada serba sikit dalam satu polisi. Pun boleh..

Ada PruBSN Takafulink untuk penuhi keperluan tu.

Nak customize untuk sesiapa yang BAJET RENDAH, pun boleh adjust produk mana yang sesuai. Ada je PruBSN Protect tu. Untuk sesiapa yang bajet serendah RM20 pun boleh dapat.

 

Sekian.

Advertisements

​Apa beza Life Insurance & Medical Card?

Ramai yang saya jumpa masih lagi Confuse antara ‘Medical Card’ dan ‘Life Insurance’.

Meh sini nak explain sikit pasal perkara ni.

πŸš‘ Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) – Bayar balik bil perubatan kepada hospital. Itupun banyak peraturan dan prosedurnya.

πŸ’‰Life Insurance pula bersifat pampasan (compensation) – pampasan dapat lump sum dalam nilai yang besar.

Secara umumnya:
1. Dari segi pembayaran

πŸš‘ Medical card bayar kepada hospital.
πŸ’‰ Life Insurance bayar kepada pelanggan.

2. Dari segi guna selepas meninggal dunia

πŸš‘ Medical card tak berguna dah kalau mati dilanggar lori. Nak rawat apa lagi nyawa dah xdak…

πŸ’‰ Life Insurance berguna – dibayar sekaligus (lump sum) kepada keluarga/penerima hibah.

3. Dari segi fungsi

πŸš‘ Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation) , tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.

πŸ’‰ Life Insurance boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan. Sebab biasanya dalam insurans, life coverage akan sekali dengan TPD (Lumpuh Kekal Keseluruhan)

4. Dari segi cover jugak untuk loan rumah (dual function)

Kalau manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka.

πŸš‘ Medical card tak boleh buat begitu.

5. Dari segi bayar hutang
πŸ’‰ Life Insurance boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.
πŸš‘ Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut.

Sayangkan diri Sign Up lah PELAN PERUBATAN..
Kalau sayangkan keluarga sign up kedua2nya (medical plan & life coverage)..

5 Perkara Sebelum Guna Medical Card

Mai nak share sikit apa yang kita kena buat sebelum terus guna Medical Card tu. 
Mungkin ejen-ejen pernah bagitau.Tapi takpa manusia mudah lupa, jom kita revise balik.
1. PERGI KLINIK DULU SEBELUM PEGI HOSPITAL

Sebelum terus ke hospital pakar, seeloknya ke klinik dulu.
“Eh kenapa pulak dah ambil medical card suruh kita ke klinik pulak? Dah tu apa function medical card?”
Tujuan ke klinik dulu adalah untuk memastikan keadaan kita memang betul2 perlu admit wad.
Jika kita terus pergi ke hospital pakar, dan kalau doktor pakar sahkan kita tak perlu admit, so terpaksa lah keluar duit poket sendiri untuk bayar bil. Maklumlah selalunya bil di hospital pakar ni lebih mahal daripada klinik biasa.
Dan, medical card kebiasaannya hanya boleh digunakan bila kita confirm warded lebih dari 6 jam. Selain itu lebih baik rujuk kepada ejen atau pihak insuran / takaful terlebih dahulu tentang coverage. 
Kemalangan pula ada 2 jenis. Ada yang boleh dirawat sebagai outpatient. Ada yang memerlukan admission wad. Jadi jika outpatient, Pay dulu dan Claim kemudian. 

2. JIKA DOKTOR TANYA, JAWAB DENGAN JELAS.

Jika kita mengalami masalah kesihatan. Pasti ada simptom-simptomnya. Kat bahagian mana, bila mula rasa perubahan.
Jika baru kena, jawab baru kena.

Contohnya,sebab jatuh ke,sebab dilanggar  ke atau lain-lain.

Kalau kita jawab tak tahu, doktor mungkin akan tulis UNKNOWN, maka proses penyiasatan oleh syarikat insuran/takaful akan menjadi lebih panjang.

Walaupun kita sudah sign up 2-3 tahun, boleh jadi kita sudah ada sakit berkenaan sebelum kita sign up takaful lagi.

Jadi jawapan kita ketika bertemu doktor sangatlah penting.

3. REFERRAL LETTER

Jika doktor klinik beritahu perlu warded di hospital, MINTA REFERRAL LETTER untuk nak ke hospital panel.

Beritahu doktor nak guna medical card.

4. SIMPAN RESIT KLINIK

Kadangkala berlaku kes, 2, 3 kali kita terpaksa berulang alik ke klinik dan kemudian baru warded. 

Jika admission warded itu sama berkaitan dengan rawatan di klinik-klinik sebelum ini maka bil-bil sebelum ini boleh claim dengan syarikat takaful/insurans.

5. KOMEN BERTULIS DOKTOR 

Jika rawatan disebabkan oleh kemalangan, minta doktor tulis diagnose sikit kat belakang resit. Bagi ada black & white proof.
Sesetengah insuran takaful ada manfaat claim bil-bil yang disebabkan kemalangan.

Biasanya untuk kes kemalangan seperti kena minyak panas, jahitan luka dan sebagainya yang tidak perlu warded di hospital.

Untuk claim memerlukan diagnose doktor yang ditulis dibelakang resit seperti berikut:

Mintak doktor provide 4 perkara ni:

  1. Cause Of Accident
  2. Date & Time
  3. Treatment
  4. Sign & Stamp doktor yang merawat

Harap serba sedikit dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

Last but not least. Call ejen anda jika apa2 berlaku. Kalau ejen anda tak angkat call, call ejen lain pon tak menjadi masalah.

Perlu ke ambil medical coverage walaupun company dah cover?Β 

​Company Aku Dah Cover. Tak perlu aku susah-susah fikir. 

Ariff: Kau dah ada insurans?

Kawan Baik : Dah ada dah. Company yg aku keje skrg dah cover semua dah.

Ariff : Kau tau tak, company cover masa kau keje dgn dia je. Kalau berenti atau kau dah pencen atau mungkin juga kau tibaΒ² diberhentikan, automatic dah takde laa coverage tu.

Kawan Baik : Takpela, aku okey je waktu tu takde insurans. InsyaAllah aku jaga makan, selalu mintak ngn Allah supaya diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah aku okey. Kau jangan risau.

Ariff : Ameen. InsyaAllah.